Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19: Perlawanan Kuching City FC menentang Terengganu II ditangguhkan
COVID-19: Perlawanan Kuching City FC menentang Terengganu II ditangguhkan

COVID-19: Perlawanan Kuching City FC menentang Terengganu II ditunda

ByFirdaus Ismail

Foto : Kredit Kuching City FC

KUCHING, 18 Mac: Perlawanan Liga Premier membabitkan pasukan Kuching City FC menentang Terengganu FC II yang dijadualkan berlangsung esok malam terpaksa ditunda selepas 18 pemain dan pegawai pasukan itu disahkan dijangkiti COVID-19.

Menerusi kenyataan media hari ini, skuad The Cat memaklumkan perlawanan akan dilangsungkan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menurut jadual rasmi pertandingan, perlawanan akan berlangsung pada pukul 8.15 malam esok di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Sebelum ini, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu turut ‘terlepas’ perlawanan pembukaan Liga Premier 2022 menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur , di Cheras pada 6 Mac lepas susulan beberapa pemain pasukan lawan turut dijangkiti virus berkenaan.

Aksi pusingan pertama Kuching City FC dalam Piala FA bertemu UiTM FC pada minggu lepas turut ditunda berikutan masalah sama.

Sementara itu, salah seorang pemain skuad berkenaan, Hidhir Idris yang dihubungi TVS mengesahkan dia turut dijangkiti COVID-19 selepas melakukan ujian calitan semalam.

“Bagaimanapun keadaan saya tidak teruk dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya yang turut memberitahu telah mendapatkan suntikan dos penggalak pada bulan lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan