Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Speaker DUN Sarawak terima kunjungan hormat daripada Duta Besar Romania

ByElani Rosllan

KUCHING, 18 Mac: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Romania ke Malaysia dan Brunei, Nineta Barbulescu, di bangunan DUN Sarawak.

Dalam pertemuan tersebut, Nineta berkesempatan meninjau Dewan Mesyuarat (Chamber) dan melihat keunikan reka bentuk bangunan DUN Sarawak.

Pada masa yang sama, Speaker DUN turut berkongsi tentang latar belakang dan sejarah DUN serta keunikan serta kepelbagaian budaya di Sarawak.

Kunjungan hormat Duta Besar Romania kepada Speaker DUN di Bangunan DUN Sarawak.

Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut, Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Idris Buang serta pegawai-pegawai kanan DUN.

Pada Rabu, delegasi Eropah ini juga telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri Sarawak.

“Pelbagai aspek kerjasama juga telah dibincangkan dengan Kerajaan Negeri, seperti hal-hal budaya, bahasa, penyelidikan bersama serta pertukaran staf dan pelajar dengan universiti terkemuka di Romania.

“Saya sangat berbesar hati berada di sini dan berharap tujuan lawatan ini dapat disampaikan dengan teliti untuk mencapai objektif kerjasama di antara Romania dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak semalam.

Nineta berharap hubungan dua hala ini dapat diperkukuhkan dengan kerjasama yang mampu menyumbang kepada kemakmuran bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan