Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IPOH, 18 Mac (Bernama) -- Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ketika melalui Jalan Slim Lama di Tanjung Malim malam tadi.
IPOH, 18 Mac (Bernama) -- Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ketika melalui Jalan Slim Lama di Tanjung Malim malam tadi.

Dua maut, tiga cedera kereta terbabas

IPOH, 18 Mac: Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ketika melalui Jalan Slim Lama di Tanjung Malim malam tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan Muhamad Faris Amran, 20, yang tercampak keluar daripada kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Syed Umar Syazrim Syed Hashim, 22, disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata dua lagi penumpang berusia 20 dan 23 tahun mengalami kecederaan ringan, dan pemandu berumur 22 tahun yang mengalami luka di bahagian muka, kaki dan tangan, kini menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan kereta Proton Wira Aeroback dinaiki lima lelaki menghala ke Behrang 2020 itu pada kira-kira pukul 12.10 tengah malam, dan semasa kejadian, jalan di lokasi kemalangan agak gelap, di samping keadaannya basah selepas hujan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki itu hilang kawalan dan terbabas lalu terlanggar tiang lampu, sebelum terbabas ke seberang jalan, di arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim bergegas ke lokasi ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat sejurus selepas menerima panggilan pada pukul 12.22 tengah malam.

“Pasukan bomba membuat kerja mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan seorang mangsa yang maut di tempat kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan