Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 : Sarawak catat hanya sembilan kes baharu kategori tiga hingga lima hari ini

COVID-19 : Hanya sembilan kes baharu kategori 3 hingga 5 hari ini

KUCHING, 17 Mac : Hanya sembilan daripada 1,484 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Sarawak hari ini melibatkan kategori tiga hingga lima.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pecahan sembilan kes berkenaan membabitkan dua pada kategori tiga, empat kes kategori empat dan tiga kes kategori lima.

JPBN turut memaklumkan sebanyak 1,475 kes lagi merupakan pesakit kategori satu dan dua.

“Pertambahan jangkitan baharu ini sekaligus menjadikan kes kumulatif positif COVID-19 di negeri ini mencecah 284,502 sejak dilanda pandemik,” jelas JPBN.

Sementara itu, statistik kes mengikut daerah pula menyaksikan Kuching masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 637 kes.

Ini diikuti Miri dengan 145 kes, Bintulu (133) , Sibu (113) dan Sarikei turut mencatatkan 40 kes,” jelas JPBN.

Tiada kematian dilaporkan pada hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan