Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TYT Pengurniaan Darjah Kebesaran
TYT Pengurniaan Darjah Kebesaran

112 terima Darjah Kebesaran Sarawak

KUCHING, 16 Mac: Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengurniakan pingat dan darjah kebesaran negeri kepada 112 orang penerima sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar, Astana Negeri di sini, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) kepada lima penerima yang didahului oleh Abdul Khalid Manap.

Ia kemudian diikuti Han Hipeni, Matthew Chin Hiong Choi, Alexander Donald dan Theresa Gelang Dinggin.

Istiadat diteruskan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Perkhidmatan Bakti (Perak) kepada 11 penerima.

Seramai 27 orang pula menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang  Sarawak yang dimulakan dengan Rizal Talip, diikuti Razali Sahari dan Tazullah Khan Mohamad Noor Amir Khan.

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (ABK) pula diberikan kepada 12 penerima manakala seramai 23 orang dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa).

Istiadat turut menganugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (BBS) kepada 32 orang penerima.

Turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan