Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Serangan udara terhadap penduduk, tindakan kejam – PBB

GENEVA, 16 Mac: Kerajaan Junta Myanmar didakwa melakukan kekejaman dan mencabul hak asasi manusia dengan melancarkan serangan udara kepada orang awam selain menggunakan senjata berat di beberapa wilayah.

Lapor Agensi Andolu, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Hak Asasi Manusia Michelle Bachelet berkata pimpinan junta malah dilihat sengaja menyasarkan orang awam dan ia disifatkan sebagai jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

“Tentera junta telah terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia yang sistematik dan meluas dan beberapa serangan bersenjata yang dilakukan boleh disifatkan sebagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Mereka malah sengaja menyasarkan orang awam dan ramai antara mangsa di tembak di kepala, dibakar hidup-hidup, ditangkap sewenang-wenangnya dan diseksa.” katanya dalam laporan terbaharu pada persdiangan ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Selasa.

Laporan tersebut merangkumi tempoh pengambilalihan tentera bermula 1 Feb 2021 dan berdasarkan temubual dengan lebih 155 mangsa, saksi dan penguam bela.

Laporan disokong pengimejan satelit dan fail multimedia yang disahkan dan maklumat dari sember yang boleh dipercayai.

“Sepanjang kekecohan dan keganasan yang berlaku pada tahun lalu, hak asasi manusia jelas telah dicabuli.

“Mereka (rakyat Myanmar) tetap komited untuk melihat kembali demokrasi ditegakkan dan institusi yang mencerminnkan kehendak dan aspirasi mereka.

“Penemuan dalam laporan tersebut bagaimanapun hanya mewakili sebahagian kecil daripada pencabulan dan penderaan yang telah dialami rakyat Myanmar sejak rampasan kuasa bermula.” katanya.

Sejak rampasan kuasa tersebut dianggarkan 1,600 terbunuh dan lebih 12,500 dijadikan tahanan.

Sekurang-kurangnya 440,000 penduduk hilang tempat tempat tinggal dan hampir 14 juta yang lain memerlukan bantuan kemanusiaan di mana kebanyakkan bantuan kemanusiaan yang cuba dibawa masuk telah disekat junta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan