Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dawai tembaga milik SEB sepanjang 155 meter bernilai RM5,000 dicuri

Dawai tembaga penebat kilat milik SEB dicuri

SIBU, 16 Mac: Polis mengesahkan menerima laporan kecurian dawai tembaga sepanjang 155 meter milik Sarawak Energy Berhad (SEB) di empat kawasan di daerah ini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dr Collin Babat berkata, akibat kecurian berkenaan, pihak SEB mengalami kerugian yang dianggarkan mencecah RM5,000.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tempat kejadian merupakan kawasan tepi jalan berhampiran kawasan hutan dan ladang kelapa sawit.

“Kejadian itu disedari apabila juruteknik SEB membuat pemeriksaan tiang elektrik di beberapa kawasan sekitar pukul 10 pagi.

Pekerja berkenaan mendapati beberapa dawai telah hilang, dipercayai dicuri,” katanya.

Kecurian melibatkan wayar tembaga yang dipasang pada tiang elektrik di Jalan Sungai Assan, Jalan Tanjung Latap, Jalan Pulau Keladi dan Jalan Rindaya.

Difahamkan, kali terakhir pihak juruteknik SEB membuat pemeriksaan di empat kawasan itu ialah pada 6 Mac lalu dan ketika itu semua dawai berkenaan masih dalam keadaan baik.

Dawai tembaga itu berfungsi sebagai penebat sekiranya berlaku kejadian petir atau voltan berlebihan.

Sementara itu, Collin memberitahu, kes disiasat mengikut Sekysen 379, Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan