Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjaga Eric direman, operasi pencarian hari ketiga diteruskan

Reman penjaga Eric disambung, operasi pencarian hari ketiga diteruskan

ByYusuf Shukri

KUCHING, 15 Mac: Penjaga kepada kanak-kanak hilang, Eric Chang Wei Jie, 4, direman sehingga esok bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak terbabit di Bintawa pada 7 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, siasatan terhadap kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

“Ibu bapa Eric telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya.

Semalam, ibu Eric yang ditemani suami serta dua orang ahli keluarga berada di lokasi kejadian. 

Sementara itu, operasi pencarian Eric Chang yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu di rumah pengasuhnya di Bintawa diteruskan pagi ini di Sungai Muara Tebas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Malaysia turut mengerahkan Unit Pengesan (K9) manakala perimeter kawasan pencarian diperluaskan sehingga ke Tanjung Po.

Operasi pencarian ditangguhkan berikutan cuaca buruk pada pukul 10.40 pagi tadi.

Tiga dron termasuk aset lain kini digunakan untuk operasi SAR.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi Inspektor Hasmah Abdul Jalil menerusi talian 013-6852210 atau menghubungi balai Polis berdekatan.

Terdahulu, penjaga mangsa yang sedang direman pihak polis telah dihadapkan di mahkamah Kuching, untuk perbicaraan pertama kes tersebut.

Tertuduh didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dijadual diteruskan esok dan dilakukan secara atas talian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan