Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bank dunia lulus dana tambahan US$200 juta untuk Ukraine

ANKARA, 15 Mac: Bank Dunia pada Isnin mengumumkan meluluskan hampir US$200 juta pembiayaan tambahan untuk perkhidmatan sosial Ukraine membantu golongan rentan. 

Dengan pembiayaan terkini, bank itu telah menyediakan lebih US$925 juta sebagai sokongan untuk negara itu, lapor Agensi Anadolu.

“Ini adalah tambahan kepada US$723 juta yang diberi untuk Ukraine dan rakyatnya minggu lepas, dengan US$350 juta telah pun disalurkan kepada Ukraine,” menurut kenyataan Bank Dunia.

Pembiayaan itu adalah sebahagian daripada pakej sokongan US$3 bilion yang diumumkan bank itu  untuk membantu Ukraine dalam beberapa bulan akan datang.

Sebagai sebahagian daripada usaha mobilisasi, Austria menyumbang 10 juta euro (US$11 juta) kepada Dana Amanah Pelbagai Derma (MDTF) yang ditubuhkan Bank Dunia untuk memudahkan penyaluran sumber geran penderma ke Ukraine.

“Krisis yang sedang berlaku menyebabkan kos kemanusian yang tinggi dan mewujudkan jurang pembiayaan yang menjejaskan keupayaan gokongan rentan di Ukraine untuk mendapatkan keperluan asas,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass.

Krisis Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global keluar dari Rusia.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak itu sekurang-kurangnya 636 orang awam terbunuh dan 1,125 cedera manakala kira-kira 2.8 juta orang melarikan diri ke negara jiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan