Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PRN Johor : Alexander Nanta ucap tahniah atas kemenangan BN

PRN Johor : Alexander Nanta ucap tahniah atas kemenangan BN

ByJas

KUCHING, 14 Mac :  Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15. 

Dato Sri Alexandar Nanta Linggi berkata kemenangan 40 kerusi membolehkan BN membentuk kerajaan negeri baharu yang kukuh, stabil dan kondusif. 

“Ini penting dalam merancang arah tuju pembangunan dan pengurusan negeri terutama dalam meluluskan usul-usul penting di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak. 

“Rakyat Johor mengharapkan urusan pentadbirann yang lebih lancar dan mantap oleh kerajaan negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau juga menyarankan agar semua ahli politik memberi tumpuan kepada pembangunan Johor sekaligus memulihkan ekonomi bagi meringankan beban rakyat. 

BN telah memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga dalam PRN Johor apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada Sabtu lepas.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan