Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PENGANGGUR DIDAKWA BUNUH IBU

Bekas penjawat awam mengaku salah palsukan dokumen

KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Seorang bekas penjawat awam didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen tiga tahun lepas.

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Muslim Mamat, 30, yang dituduh menggunakan Sijil Diploma Reka Bentuk Dalaman atas nama Norfarah Najihah Mamat yang merupakan palsu, di dalam daerah Kuala Terengganu pada 26 Dis 2019.

Bekas juruteknik di Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dokumen palsu tersebut digunakan bagi mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

Tertuduh membayar denda tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan