Erbil, 14 Mac: Iraq kembali bergema dengan serangan peluru berpandu dan kali ini ia dibedil jirannya Iran yang menggunakan peluru berpandu balistik.
Lebih 10 serangan peluru berpandu balistik tersebut dilancarkan Tehran di di wilayah Kurdi itu.
Kerajaan wilayah Kurdish Iraq (IRGC) mendakwa serangan tersebut mensasarkan beberapa bangunan milik Amerika Syarikat dan sekutunya namun hanya seorang rakyat tempatan cedera dan tiada korban nyawa dilaporkan.
Serangan tersebut turut didkawa dilakukan Tehran sebagai tindak balas serangan udara yang dilancarkan Israel di Syria sebelum ini yang telah meragut dua nyawa tentera Iran.
IGRC menyelar serangan tersebut dan menjelaskan serangan bukan ditujukan di kawasan bangunan terbabit sebaliknya di kawasan kediaman penduduk.
IRGC dalam kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa Tehran akan melakukan tindak balas sekiranya terdapat mana-mana pihak yang bertindak melancarkanserangan di Syria.
“Pihak Iran memberi amaran pada Israel atau mana-mana pihak bahawa jika pengulangan serangan berlaku, mereka akan melakukan tindak balas yang keras, tegas dan memusnahkan,
“Masyarakat antarabangsa perlu segara menjalankan siasatan terhadap serangan yang dilakukan oleh Iran yang secara terang menyasarkan kawasan kediaman penduduk di sini dan bukannya kawasan milik negara asing,” menurut kenyataan itu lagi.
Sementara itu Jurucakap Jabatan Negara AS menyifatkan serangan tersebut sebagai “keterlaluan” namun mengesahkan tiada rakyat Amerika cedera dan tiada kerosakan pada kemudahan kerajaan AS di wilayah itu.
Kali terakhir Iran melancarkan peluru berpandu menyasarkan kemudahan AS ialah pada Januari 2020 sebagai tindak balas terhadap tindaan Washington yang telah membunuh komander Iran Qassem Soleimani.
Serangan pada Ahad itu kini dilihat merumitkan lagi rundingan antara Tehran dan Washington bagi memulihkan perjanjian nuklear 2015 yang terhenti disebabkan krisis Rusian- Ukraine yang berlangsung ketika ini.- TVS