Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua warga emas korban baharu COVID-19 di Sarawak
Dua warga emas korban baharu COVID-19 di Sarawak

COVID-19 : Dua wanita warga emas jadi korban di Sarawak

KUCHING, 13 Mac : Dua wanita warga emas disahkan menjadi korban baharu di negeri ini akibat jangkitan COVID-19 hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa pertama yang berusia 78 tahun meninggal dunia di Hospital Serian pada Khamis lepas.

“Wanita ini tidak mempunyai sejarah penyakit yang diketahui.

“Seorang lagi wanita yang berusia 74 tahun pula dikesan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia, kencing manis dan penyakit jantung meninggal dunia di Hospital Bau , juga pada Khamis lepas,” jelas JPBN menerusi kenyataan media. 

Kes baharu harian pula masih merekodkan empat angka apabila sebanyak 1,354 kes bagi tempoh 24 jam lepas.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 kepada 278,631 sejak dilanda pandemik. 

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak  1,341 kes merupakan kategori satu dan dua manakala 13 kes kategori tiga, empat dan lima.

Kuching terus merekodkan kes harian positif COVID-19 tertinggi iaitu 563 kes, diikuti dengan Miri sebanyak 215 kes, Sibu 98 kes, Bintulu 98 kes dan Samarahan 59 kes.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan