Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
GRS SAH SEBAGAI PARTI POLITIK DI SABAH

GRS sah sebagai parti politik di Sabah

ByTVS

KOTA KINABALU, 14 Mac : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai badan gabungan parti politik rasmi di negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS memperoleh sijil kelulusan pendaftarannya itu daripada RoS pada Jumaat lepas (11 Mac) selepas menghantar permohonan beberapa minggu lalu dan kelulusan itu memenuhi permintaan semua pihak yang mahu gabungan itu didaftarkan secara sah.

“Ini adalah perkembangan amat bersejarah, satu jajaran politik baharu di Sabah dan kami harap dengan pendaftaran ini kami akan menyatupadukan lagi parti-parti yang ada di Sabah.

“Selepas pendaftaran GRS disahkan, gabungan parti ini akan digunakan untuk membangunkan negeri Sabah. Ini merupakan langkah yang sesuai dan terbaik dalam keadaan politik Sabah yang wujud pada hari ini,” katanya.

Terdahulu beliau hadir pada majlis pelancaran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Sabah di sini yang turut dihadiri Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan