Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua juta penerima Sinovic dijangka hilang status lengkap vaksinasi - Khairy
Dua juta penerima Sinovic dijangka hilang status lengkap vaksinasi - Khairy

PRU, tunggu kesihatan awam stabil dahulu – Khairy Jamaluddin

SEREMBAN, 13 Mac : Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan keadaan kesihatan awam di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Beliau berkata walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan ke endemik, tidak bermaksud pandemik berkenaan sudah tamat dan semua pihak masih perlu berhati-hati memandangkan PRU15 melibatkan orang ramai.

“Sempadan negara dibuka, saf boleh dirapatkan (solat berjemaah di masjid dan surau) dan had maksimum kapasiti (di masjid dan surau) dimansuhkan tetapi itu tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru selesai, saya rasa lebih baik tunggu sehingga keadaan kesihatan awam betul-betul stabil.

“Saya nampak kerajaan Persekutuan ada perjanjian hingga Julai (Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik), tiada keperluan mendesak kerana kerajaan stabil, tidak akan tumbang, undang-undang dapat diululuskan di Parlimen, jangan kita mengundang perkara yang tidak perlu semata-mata kita nampak ada peluang politik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program khidmat komuniti anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diadakan bagi mencari mekanisme terbaik terhadap cadangan membenarkan pesakit COVID-19 mengundi pada pilihan raya.

Beliau berkata sememangnya rakyat Malaysia berhak mengundi namun disebabkan negara masih dilanda pandemik, mekanisme yang selamat bagi membolehkan pesakit COVID-19 mengundi tanpa memudaratkan kesihatan awam perlu difikirkan.

“Ya, memang hak mereka (pesakit COVID-19) mengundi dan hak rakyat Malaysia (juga untuk) tidak dijangkiti COVID-19, jadi dalam mengimbangi hak ini, kita perlu kaedah terbaik,” katanya.

Mengulas cadangan segelintir pihak agar Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dijadikan pusat mengundi, Khairy berkata hampir 96 peratus pesakit COVID-19 menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan