Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
krisis yemen
krisis yemen

Lebih 10,000 kanak-kanak maut, cedera di Yaman: UNICEF

Foto kredit Reuters

ADEN (Yaman), 13 Mac : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Sabtu mengumumkan 10,200 kanak-kanak terbunuh atau cedera sejak konflik memuncak di Yaman sejak tujuh tahun lepas. 

“Jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi. Susulan konflik memuncak pada 2021, keganasan terus meningkat tahun ini dan seperti biasa kanak-kanak adalah yang paling menderita,” lapor Xinhua memetik kenyataan Wakil UNICEF ke Yaman Philippe Duamelle.

Katanya, hanya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, 47 kanak-kanak dilaporkan terbunuh atau cedera sehingga menyebabkan mereka mengalami kecacatan. 

“Keganasan, kesengsaraan dan kesedihan sudah menjadi perkara biasa di Yaman. Sudah tiba masanya penyelesaian politik berkekalan perlu segera dilaksanakan,” katanya.

Yaman dicengkam perang saudara sejak Houthi menguasai sebahagian besar negara dan merampas semua wilayah utara, termasuk bandaraya Sanaa pada 2014. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan