Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majikan swasta tidak dibenarkan mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana pergi mengundi pada 19 Nov ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Foto: BERNAMA

PRN Johor: Tidak rasmi, BN dahului kiraan undi awal di tujuh DUN

KUCHING, 12 Mac: Keputusan kiraan awal undian Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor ketika ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) sedang mendahului di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Facebook rasmi BN yang menyiarkan keputusan kiraan menunjukkan gabungan itu sedang meninggalkan parti-parti lawannya di DUN Mahkota, Paloh, Kahang, Tenggaroh dan Pasir Raja.

Perikatan Nasional (BN) dilihat memberi saingan sengit di DUN Endau apabila hanya ketinggalan 23 undi kepada BN manakala Pakatan Harapan(PH) jauh di belakang.

BN turut dilihat selesa di DUN Kahang apabila setakat ini meraih 4,650 undi berbanding 1,468 oleh PN dan PH dengan 1,192 undian.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan parti yang ingin membentuk kerajaan perlu menang majoriti mudah sebanyak 28 kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan keputusan rasmi kira – kira pukul 10 malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan