Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Walt Disney hentikan semua aktiviti perniagaannya di Rusia

Kredit: Bloomberg, Bernama

ANKARA, 11 Mac: Syarikat Walt Disney semalam mengumumkan semua aktiviti perniagaannya di Rusia akan dihentikan berikutan peperangan berterusan di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu termasuk pelesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti Disney Cruise Line, majalah dan lawatan National Geographic, penerbitan kandungan tempatan dan penyampaian kandungan video melalui rangkaian siaran atau kabel, menurut Disney menerusi satu kenyataan.

“Sesetengah daripada aktiviti perniagaan itu boleh dan akan kami hentikan serta-merta.

Lain-lain seperti penyampaian kandungan video dan beberapa kandungan serta pelesenan produk akan mengambil masa disebabkan isu kontrak,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, Disney berkata ia akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada pelarian.

Pada 28 Februari, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan