Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TVS Pitch It briefing session 2022

Sertai sesi taklimat kriteria hantar idea kepada TVS

ByNurul Amarlina

KUCHING, 12 Mac: Penggiat industri kreatif yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sebelum menghantar idea kepada TVS dijemput untuk menghadiri sesi taklimat Pitch-It Siri 1/2022 yang akan berlangsung pada bulan ini.

Mengikut jadual, beberapa sesi akan diadakan termasuk di Digital Innovation Hub, Sibu, pada 13 Mac (esok) dan diikuti di TEGAS Digital Innovation Hub, Miri, pada 17 Mac.

Sesi ketiga pula akan dianjurkan di TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu, pada 18 Mac.

Tarikh dan tempat sesi taklimat Pitch-It Siri 1/2022

Eksekutif Kanan Pembangunan dan Pemerolehan Kandungan TVS, Ryan Lee berkata, stesen ini mengalu-alukan syarikat produksi untuk menyertai sesi taklimat berkenaan supaya lebih memahami bentuk kandungan yang dimahukan oleh TVS.

“Mereka juga boleh berdialog dengan wakil TVS sebelum menghantar idea kreatif melalui Pitch-It,” katanya.

Syarat-syarat penyertaan serta kriteria-kriteria program terbaharu yang sedikit perbezaan berbanding sesi terdahulu juga akan dihuraikan pada sesi berkenaan.

Kepada yang berminat, boleh mendaftar di https://bit.ly/Pitch-It_Briefing atau terus menghantar proposal program anda melalui www.tvstv.my/pitchit

Tarikh tutup permohonan Pitch-It telah dilanjutkan sehingga 31 Mac ini.

Sekiranya mempunyai pertanyaan, boleh menghubungi talian 019-8140122 atau emel talk2us@tvstv.my – TVS

Tags: pitchit

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan