BINTULU, 10 Mac: Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila tayar belakang kenderaan berat dipandunya itu tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Batu 15, Jalan Bintulu-Miri hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Zon Bintulu, Penguasa Kanan Bomba II, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah hari tadi.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kami mendapati tayar belakang lori jenis Nissan Hino sedang terbakar.
“Pihak bomba seterusnya bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan hos salur bantu daripada pam jentera bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, beliau memberitahu, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – TVS