Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Depot tahanan Imigresen Semuja Serian Kredit: malaysianow

COVID-19: Satu kluster baharu babitkan depot tahanan di Serian

Kredit gambar: malaysianow.com

KUCHING, 10 Mac: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengesahkan satu kluster baharu yang melibatkan tahanan di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian.

Menurut kenyataan JPBN, kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang tahanan lelaki bukan warganegara berusia 34 tahun yang dikesan positif pada 7 Mac lalu melalui saringan untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Perebakan jangkitan dipercayai berpunca dari pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan tahanan dan staf di dalam depo tahanan tersebut,” jelas JPBN.

Setakat ini seramai 19 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 228 individu lagi negatif selain 48 masih menunggu keputusan ujian.

Bagi kluster yang masih aktif, terdapat satu kes baharu hari ini yang melibatkan kluster Tebingan Sungai Kuching (Citrawarna).

Selain itu, Sarawak hari ini mencatat jumlah tertinggi pada tahun ini iaitu sebanyak 1,963 kes baharu sekaligus menjadikan kumulatif kes sebanyak 274,105 kes.

Kuching mendahului daerah lain dengan 699 kes, diikuti Miri (303), Sibu (177), Bintulu (148) dan Serian (101). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan