Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGA Sri Aman rampas rokok seludup bernilai RM129,738

PGA Sri Aman rampas rokok seludup bernilai RM129,738

SRI AMAN, 9 Mac: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 122,800 rokok putih dan 44,280 rokok kretek yang dipercayai diseludup di sebuah rumah tidak berpenghuni di pekan Pusa, dekat sini, Selasa lepas.

Komander Briged Sarawak, Senior Asisten Komisioner Saini Bongkek berkata, dalam operasi pada pukul 1.00 petang itu, polis daripada Batalion 10 Sri Aman telah memeriksa premis berkenaan selepas dua jam membuat intipan.

Katanya, pasukan telah menjumpai 18 kotak rokok pelbagai jenama di dalam rumah yang disyaki barangan tanpa cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM).

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan bernilai RM129,738.00,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Saini, polis mengesan taktik penyeludup yang menyimpan barangan di kawasan kebun serta di rumah yang tidak berpenghuni sebelum dibekalkan ke premis di pekan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, rampasan tersebut dibawa balik dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan