Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 8 Mac :Hasil bedah siasat terhadap mayat seorang tahanan yang ditemukan mati mengejut ketika dalam tahanan lokap di negeri mendapati tiada unsur jenayah.KUCHING, 8 Mac :Hasil bedah siasat terhadap mayat seorang tahanan yang ditemukan mati mengejut ketika dalam tahanan lokap di negeri mendapati tiada unsur jenayah.
KUCHING, 8 Mac :Hasil bedah siasat terhadap mayat seorang tahanan yang ditemukan mati mengejut ketika dalam tahanan lokap di negeri mendapati tiada unsur jenayah.

Kematian OKT di Bintulu berpunca penyakit koronari arteri – Bukit Aman

KUCHING, 9 Mac: Keputusan bedah siasat kematian seorang lelaki yang ditahan di lokap polis di negeri ini mendapati tidak wujud unsur jenayah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Azri Ahmad berkata, proses berkenaan selesai dijalankan di Hospital Umum Sarawak semalam.

“Keputusan mendapati tiada sebarang kecederaan.

Kematian tahanan berpunca daripada penyakit koronari arteri dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Sebelum ini, lelaki berusia 48 tahun yang berasal dari Indonesia itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tahanan juga telah dituduh di mahkamah pada 1 Mac lalu dan ditempatkan di lokap Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dan mengadu sesak nafas.

Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan dan meninggal dunia pada Sabtu lepas.

Azri berkata, Bukit Aman akan meneruskan siasatan melibatkan pelbagai sudut sebelum menyerahkan laporan kepada koroner. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan