Kredit foto: Flight Global
BANGKOK, 9 Mac: Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.
Bagaimanapun, juruterbangnya terselamat dan mengalami cedera ringan selepas melenting keluar dari pesawat dan mendarat di kawasan sawah menggunakan payung terjun.
Jurucakap RTAF Naib Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang (waktu tempatan) selepas jet itu dipercayai mengalami kerosakan.
Jurucakap RTAF Naib Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang (waktu tempatan) selepas jet itu dipercayai mengalami kerosakan.
“Pasukan penyiasat turut dihantar ke lokasi nahas untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Media tempatan melaporkan juruterbang kini menerima rawatan di hospital terdekat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pada 5 Dis, juruterbang jet F-5 cedera selepas pesawat dipandunya terhempas semasa menjalani latihan di daerah Chai Badan dekat Lopburi. – TVS