Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Undian awal PRN Johor.
JOHOR BAHRU, 8 Mac -- Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Koperal Nurrozila Amir (kiri) dan Lans Koperal Nuradawiyah Sallehuddin menunjukkan jari mereka yang sudah dicelup dengan dakwat kekal selepas melakukan pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Dearah Johor Bahru Utara hari ini. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

87 peratus tunai tanggungjawab undian awal PRN Johor

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 8 Mac: Proses undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor yang berlangsung hari ini menyaksikan peratusan keluar mengundi mencapai 87 peratus.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, peratusan itu mewakili 18,625 orang pengundi yang terdiri daripada anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing – masing.

“SPR ingin mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) , pihak berkuasa tempatan , media dan semua pihak yang terlibat memastikan kelancaran proses undian awal hari ini,” katanya menerusi kenyataan media.

PRN Johor akan berlangsung pada 12 Mac ini melibatkan 2,597,742 pengundi termasuk yang terlibat dengan proses undi awal hari ini bagi memilih 56 wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri dan kerajaan negeri baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan