Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak mahu tangani sendiri isu kewarganegaraan – Fatimah

ByOdleen Catherny

MIRI, 8 Mac: Sarawak perlu diberi hak untuk mengurus sendiri isu kewarganegaraan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sebagai sebuah wilayah berautonomi, Sarawak mahu diberi hak menangani sendiri isu kewarganegaraan di negeri ini berbanding proses sedia ada yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Justeru beliau akan mengusulkan perkara itu ke pengetahuan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg seterusnya memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi kuasa khas kepada Sarawak bagi menyelesaikan isu tersebut.

Katanya, sejak penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, dari tahun 2016 hingga 22 Oktober 2021, sebanyak 969 permohonan telah diterima.

“Sehingga kini, hanya 253 telah dilulus dan selebihnya masih dalam pertimbangan.

“Apa yang menyedihkan adalah, sementara menunggu keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), anak-anak ini dinafikan daripada menerima atau menikmati hak kanak-kanak seperti mendapat pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan dan peluang mendapat bantuan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Hari Wanita Sarawak 2022, di sini, hari ini.

Tambahnya, hal ini amat penting agar anak-anak yang terkesan dapat menikmati hak sebagai warganegara terutamanya pendidikan. – TVS

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan