Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Ops Opocot’ tiga daerah di Sabah

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 8 Mac: Satu operasi pemeriksaan premis dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang dikenali sebagai ‘Ops Opocot’ bagi memantau dan memeriksa premis di tiga daerah Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap premis perniagaan yang sering dikunjungi orang ramai seperti restoran, kedai makan, bank, kedai serbaneka, pasaraya dan perkhidmatan kurier di sekitar daerah Ranau, Tuaran dan Kota Belud.

Sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu 13 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, manakala enam lagi kompaun bagi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Operasi ini melibatkan seramai 47 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr Norazah Bakri.

Beliau berkata operasi bersepadu seperti ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan semua pihak sentiasa peka dan mematuhi keperluan perundangan sedia ada.

Katanya lagi, “pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi melindungi dan keselamatan masyarakat,” kata Norazah lagi. – TVS

Tags: #bm, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan