Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cari asam paya, remaja dan rakan dikhuatiri sesat

KUCHING, 8 Mac: Operasi mencari dan menyelamat dua lelaki yang dilaporkan sesat di dalam hutan berhampiran Jalan Pasin Jemoreng diteruskan hari ini.

Angkatan pertahanan Awam (APM) dalam kenyataan semalam memaklumkan dua individu lelaki terbabit hanya dikenali sebagai Tony, 30, dan Nazif Qabil, 15, masuk ke dalam hutan untuk mencari buah asam.

Pusat Kawalan Operasi Daerah Matu, PKOD, menerima laporan kehilangan dua individu itu pada jam 7.36 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan yang dianggotai oleh 10 Anggota Pertahanan Malaysia (APM) termasuk seorang pegawai iaitu Lt.(PA) Jumaat Akasas, diikuti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat dan penduduk kampung.

Namun, operasi dan menyelamat mangsa ditangguh jam 8.16 malam dan disambung hari ini. – TVS

Tags: #bm, sesat

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan