Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JKM bersedia tambah PPS jika banjir semakin buruk

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersiap sedia sekiranya situasi banjir menjadi semakin buruk susulan ramalan hujan lebat di beberapa negeri, bakal berterusan sehingga pukul 3 pagi tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata berikutan itu, pihaknya juga telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Seperti contoh, bagi kawasan Kampung Baru, JKM telah bersiap sedia untuk membuka sebuah lagi PPS di Jalan Raja Hamzah, sekiranya PPS di Dewan Sultan Sulaiman penuh, ia juga bagi memastikan SOP COVID-19 dapat dipatuhi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS berkenaan semalam.

Rina berkata setakat pukul 10 malam semalam, seramai 309 mangsa daripada 91 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

“Selain di sini, sebuah lagi PPS turut dibuka di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy Kampung Pasir di Jalan Klang Lama, yang menempatkan seramai 150 orang mangsa,” katanya.

Hujan lebat sejak pukul 3 petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan dan lebuh raya di ibu kota dinaiki air sehingga setinggi satu meter.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan, sehingga 3 pagi tadi. – TVS

Tags: #bm, Banjir

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan