KUCHING, 7 Mac : Hari ini Sarawak mencatatkan penurunan 857 kes berbanding 1,244 semalam.
Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 854 kes baharu dalam kategori satu dan dua, manakala tiga kes baharu merupakan kategori tiga, empat dan lima.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster DTI Bekenu 2, Subis yang mana melibatkan 45 orang yang disaring didapati 17 orang didapati positif dan 28 individu negatif.
Kluster ini merupakan satu kluster yang dikesan melibatkan tahanan di sebuah depoh tahanan Imigresen yang terletak di Bekenu, Jalan Coastal Bintulu-Miri.
Sementara itu, kluster ini merupakan seorang tahanan perempuan berusia 31 tahun bukan warganegara yang telah bergejala dan disaring pada 28 Februari lalu di Hospital Miri.
Jangkitan dipercayai berpunca dari pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan tahanan.
Walaubagaimanapun, dua kluster telah dilaporkan tamat hari ini iaitu Kluster Kampung Semeba, Kuching dan Kluster Jalan Kolej Kuching.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan sepanjang pendemik COVID-19 melanda sebanyak 268,512 kes.-TVS