Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Orang Kelainan Upaya (OKU) mampu jana pendapatan sendiri

KUCHING, 7 Mac : Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sarawak kini boleh bergiat lebih aktif dalam perniagaan mahupun pertanian.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata kerajaan telah menyediakan kemudahan khidmat nasihat dan pembiayaan melalui persatuan orang kelainan upaya fizikal (POKUF) Miri.

Menurutnya POKUF Miri kini bergiat aktif mengadakan aktiviti perusahaan pertanian moden menggunakan kaedah hidropinik dan perkhidmatan urut yang diusaha oleh ahli persatuan itu sendiri.

“Latihan diberikan mengikut minat dan potensi seseorang seperti minat dalam bidang pertanian menanam nanas, dan cili secara tradisional,

“Tetapi bagi yang kurang berkemampuan , boleh mencuba bidang pertanian secara moden seperti hidroponik yang mana tidak memerlukan cangkul dan boleh menggunakan teknik yang telah diajar oleh Jabatan Pertanian ataupun ahli bidang berkaitan,” kata Fatimah lagi.

Sementara itu, penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh membuat permohonan geran pelancaran sebanyak RM5,000 bagi menubuhkan sesebuah perusahaan mereka.-TVS

Tags: #bm, oku

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan