Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wooi Yik positif COVID-19 terpaksa tarik diri di German Open 2022 bermula Selasa ini
Pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik menyifatkan tidak adil untuk memisahkan gandingannya dengan Aaron Chia berdasarkan ‘kegagalan’ memenangi kejohanan terbuka sejak digandingkan pada 2017.

Wooi Yik lupakan Terbuka Jeman selepas positif COVID-19

KUCHING, 7 Mac : Pemain beregu lelaki, Soh Wooi Yik disahkan positif COVID-19 oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ini sekali gus menyebabkan Wooi Yik dan gandingannya , Aaron Chia terpaksa menarik diri dari Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2022 yang bermula esok.

“Wooi Yik disahkan tidak mempunyai gejala dan berada dalam keadaan baik.

“Beliau kini menjalani kuarantin diri mengikut protokol ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN),” jelas BAM menerusi kenyataan media.

Sementara itu, pasukan perubatan BAM akan terus memantau proses pemulihan Wooi Yik.

Ini bagi mengenal pasti sama ada pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 boleh menyertai Kejohanan All England yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 Mac ini di Birmingham. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan