Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 : Lelaki berumur 72 tahun korban terbaharu di Sarawak

KUCHING, 6 Mac : Seorang lelaki warga emas di negeri ini menjadi korban terbaharu akibat jangkitan COVID-19.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, lelaki berusia 72 tahun itu mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik , meninggal dunia di Hospital Simunjan pada Jumaat lepas.

Sementara itu, kes positif baharu yang dilaporkan hari ini menurun kepada 1,244 berbanding 1,455 semalam.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 meningkat kepada 267,655 sejak dilanda pandemik.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 1,233 kategori satu dan dua manakala 11 kes kategori tiga , empat dan lima.

Kuching terus merekodkan kes harian positif COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 446 kes, diikuti dengan Miri sebanyak 235 kes, Sibu 147 kes, Samarahan 78 kes dan Bintulu 58 kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan