Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Skill Cawangan Mukah akan menawarkan bantuan khas berjumlah RM400 kepada pelajar dari golongan B40 yang mendaftar pengajian di situ.
Sarawak Skill Cawangan Mukah akan menawarkan bantuan khas berjumlah RM400 kepada pelajar dari golongan B40 yang mendaftar pengajian di situ.

Sarawak Skills Mukah tawar elaun sebanyak RM400 sebulan

KUCHING, 6 Mac : Sarawak Skill Cawangan Mukah akan menawarkan bantuan khas berjumlah RM400 sebulan kepada pelajar dari golongan B40 yang mendaftar di pusat kemahiran berkenaan.

Pemangku Pengurusnya, Mohd. Syafiq Othman berkata, tawaran berkenaan terbuka kepada pelajar yang selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Katanya, bantuan khas berkenaan turut merangkumi pengangkutan serta makanan dan minuman.

” Kemudahan asrama akan turut disediakan kepada pelajar yang berasal dari Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sarawak Skills Mukah menawarkan empat kursus kepada pelajar iaitu elektrik, sistem komputer, perladangan dan teknologi fesyen.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 084872198. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan