KUCHING, 6 Mac : Kapel Sacred Heart yang bertempat di Pusat Jantung Sarawak menjadi kapel hospital pertama di Sarawak.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Pusat Jantung Sarawak Roy G Fender Entusa, yang juga Pengerusi Kapel Sacred Heart, penubuhannya bertujuan untuk mencorakkan suasana harmoni dan hidup bermasyarakat yang saling bertoleransi dalam kalangan masyarakat Sarawak khususnya.
“Dengan adanya kapel ini pesakit dan pekerja di Pusat Jantung Sarawak ini dapat menjalankan sembahyang dan juga aktiviti-aktiviti penyembuhan.” katanya
Sementara itu jelas Uskup Agong, Dr Simon Poh, Kapel Sacred Heart dibina untuk kegunaan orang awam tanpa mengira agama untuk beribadah.
“Apabila seseorang itu sakit terutamanya ketika pandemik ini, tidak kira agama atau kaum, kita semua memerlukan tempat untuk mengerjakan ibadat, sekurang-kurangnya dengan adanya gereja dan surau di sini, penganut yang berlainan agama mempunyai tempat untuk beribadat,” kata lagi ketika majlis perasmian Kapel Sacred Heart semalam.
Sementara itu, majlis penyerahan dan perasmian Kapell Sacred Heart telah dirasmikan oleh Uskup Agung, Dr Simon Poh.
Turut hadir bersama Pengarah Pusat Jantung Sarawak, Dr Mohd Asri Riffin, Pengarah Unifor Sarawak, Richard Lon dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Pusat Jantung Sarawak, Roy G Fender Entusa.
Kapel Sacred Heart dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.-TVS