KUCHING, 5 Mac: Dua ekor buaya berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di Sungai Igan hari ini.
Menerusi video dan gambar yang dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Dr Juanda Jaya di Facebooknya, tular rakaman yang menunjukkan dua ekor buaya ‘bersaiz besar’ itu diangkat menggunakan jengkaut ke atas lori untuk dipindahkan.
Menurut Juanda, reptilia yang diangkap itu masing-masing dianggarkan sepanjang 15 kaki dan 13 kaki.
“Tindakan ini dilakukan untuk keselamatan penduduk sekitar yang terdedah kepada ancaman haiwan ini,” katanya.
Beliau memberitahu, pihak berkuasa kini masih ‘memburu’ seekor lagi buaya. – TVS