Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ebanyak 62,809 atau 1.7 peratus populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam.
KANGAR, 9 Feb -- Ibu bapa dilihat menemani anak mereka untuk menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) ketika tinjauan di PPV Offsite Klinik Annura di Masjid Syed Alwi hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAKCIPTA TERPELIHARA

Lebih 970,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaskin COVID-19

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Sebanyak 974,355 individu atau 27.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,943,712 individu atau 63.5 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,953,291 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,232,845 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,803,567 individu atau 90.1 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,900,616 atau 93.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan