Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Syarikat Firefly akan memulakan penerbangan di antara Pulau Pinang dan Kuching sebanyak tujuh kali seminggu mulai 11 April menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang mampu memuatkan sehingga 189 penumpang.
KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Syarikat Firefly akan memulakan penerbangan di antara Pulau Pinang dan Kuching sebanyak tujuh kali seminggu mulai 11 April menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang mampu memuatkan sehingga 189 penumpang.

Penerbangan Firefly Pulau Pinang – Kuching mulai 11 April

KUCHING, 4 Mac: Syarikat Firefly akan memulakan penerbangan di antara Pulau Pinang dan Kuching sebanyak tujuh kali seminggu mulai 11 April menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang mampu memuatkan sehingga 189 penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See berkata tarikh itu adalah dua minggu sebelum perayaan Aidilfitri yang biasanya menyaksikan peningkatan jumlah penumpang dan keadaan ini dijangka berterusan hingga Mei depan.

Bercakap semasa sesi Firefly bertemu media di sini hari ini, beliau berkata penerbangan Pulau Pinang-Kota Kinabalu (14 kali seminggu) dan Pulau Pinang-Johor (21 kali seminggu) juga akan dimulakan serentak pada tarikh itu. 

“Dalam tempoh dua bulan ini, kami akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pelancongan Sarawak dan Pelancongan Malaysia bagi menawarkan pelbagai tawaran serta insentif percutian,” katanya.

See juga berkata tempahan penerbangan sewa khas dari Kuching ke Australia, Taiwan serta Korea juga dijangka meningkat ekoran pembukaan semula pasaran antarabangsa dan Firefly akan bekerjasama dengan ejen pengembaraan di negeri ini selain negara terbabit bagi menawarkan produk sewa khas ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan