Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Seorang lagi korban COVID-19 di Sarawak

KUCHING, 4 Mac: Wanita berusia 35 tahun di Limbang, disahkan sebagai korban terbaharu akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa meninggal dunia pada 28 Februari lepas dan jenazahnya dibawa ke Hospital Lawas.

Setakat ini juga difahamkan, tiada maklumat mengenai sejarah penyakit yang dihadapi oleh wanita berkenaan.

Sementara itu, perkembangan kes jangkitan baharu di negeri ini masih berlegar di sekitar empat angka apabila sejumlah 1,333 kes bagi tempoh 24 jam lalu dikesan.

Ini menjadikan kes kumulatif di Sarawak meningkat kepada 264,956 kes sejak dilanda pandemik.

“Statistik kes mengikut pecahan daerah pula menyaksikan Kuching kekal dengan kes tertinggi iaitu 548 kes , diikuti Miri 198 kes, Sibu 184 kes, Bintulu 76 kes dan Sarikei 44 kes,” jelas JPBN.

Tiada pertambahan kluster dilaporkan hari ini menjadikan kluster aktif di Sarawak kekal empat kluster. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan