Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia dan Sarawak dalam ‘radar’ Uzbekistan untuk kerjasama perdagangan dan pertanian

ByOdleen Catherny

KUCHING, 4 Mac: Uzbekistan menyatakan minat untuk bekerjasama dalam sektor pertanian dengan Sarawak.

Dutanya ke Malaysia, Ravshan Usmanov berkata, ketika ini negaranya sedang mencari pasaran baharu untuk meluaskan kerjasama ekonomi dan Malaysia antara yang menjadi pilihan disebabkan potensi besar yang dimiliki.

Beliau berkata, Tashkent juga berharap dapat mencari produk khusus dalam rangkaian eksport Uzbekistan yang boleh dihantar ke Malaysia dan Sarawak dan sebaliknya.

“Sarawak dan negara saya mempunyai aspirasi yang sama dalam memacu kegiatan ekonomi termasuklah fokus kepada pendigitalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Foto : Pejabat Premier Sarawak
Foto : Pejabat Premier Sarawak

Mengulas mengenai kerjasama bidang ekonomi digital dan teknologi maklumat pula, Usmanov menyuarakan betapa penting bagi negaranya untuk meningkatkan potensi bidang berkenaan dan sehubungan itu, banyak pelaburan telah dilakukan ke arah itu.

“Menariknya saya berpendapat kami (Sarawak-Uzbekistan) mampu mencari titik persamaan menerusi kerjasama yang terjalin,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan hasil pertemuan dengan Abang Johari , mereka juga membincangkan kerjasama dalam pendidikan.

“Satu pertemuan dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan diadakan sepanjang dua hari tempoh lawatan rasmi saya ke Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan