Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Uzbekistan Sarawak
Uzbekistan Sarawak

Uzbekistan cadang hubungkan Kuching dengan Nukus sebagai ‘bandar kembar’

KUCHING, 4 Mac: Uzbekistan bercadang untuk mewujudkan ‘bandar berkembar’ membabitkan Kuching dengan Nukus di negara itu.

Dutanya ke Malaysia, Ravshan Uzmanov berkata, sekiranya perancangan berkenaan berjaya dilaksanakan, ia akan membawa manfaat besar kepada kedua – dua pihak dengan yang paling berpotensi ialah sektor pelancongan dan pendidikan.

Uzmanov berkata, sempena kunjungannya ke Sarawak hari ini, dia mahu ‘mencari titik persamaan’ yang wujud antara Sarawak dengan Uzbekistan.

” Sebenarnya, Karakalpakstan mempunyai persamaan dengan Sarawak kerana wilayah itu mempunyai separa autonomi dan mempunyai struktur pentadbiran seperti di negeri ini.

Malah jarak antara Nukus yang merupakan ibu negeri Karakalpakstan dengan Tashkent, iaitu ibu negara Uzbekistan juga lebih kurang jarak antara Kuching dengan Kuala Lumpur,” katanya.

Duta Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Uzmanov.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak di sini hari ini.

Berdasarkan persamaan yang dimiliki membabitkan Sarawak dengan Karakalpakstan, Uzmanov berpendapat, tidak sukar untuk kedua – dua pihak bekerjasama dengan erat.

Berhubung lawatan ke Sarawak hari ini, Uzmanov berkata, beliau juga akan bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan