KUCHING, 4 Mac: Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 tertinggi semalam iaitu sebanyak 32,467 kes.
Kes baharu paling tinggi sebelum ini dicatatkan pada 27 Februari lepas iaitu 32,070 kes.
Ini menjadikan kes kumulatif di Malaysia mencecah 3,528,557 kes.
Menurut portal CovidNow, sebanyak 32,054 kes merupakan kes jangkitan tempatan manakala 413 kes adalah kes import.
“Sebanyak 86 kes kematian direkodkan semalam dengan 28 kes brought-in-dead (BID),” jelas portal berkenaan. – TVS