Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis pelancaran jersi Sarawak United FC
Majlis pelancaran jersi Sarawak United FC

Sarawak United, Kuching City dapat sokongan kerajaan Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 4 Mac: Kerajaan negeri Sarawak sentiasa memberikan sokongan penuh kepada dua pasukan bola sepak negeri iaitu Sarawak United FC dan Kuching City FC.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sokongan itu termasuk dari segi fasiliti latihan dan juga kewangan.

Katanya walaupun kedua-dua pasukan itu mewakili kelab tetapi mereka membawa nama yang lebih besar iaitu Sarawak.

“Kami takkan biarkan mereka terkapai-kapai kerana apabila berlaku perkara tidak baik (pada pasukan itu) seperti gaji tidak dibayar ia sedikit sebanyak akan burukkan nama negeri. Sebab itu kami akan pastikan semua teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi pasukan Sarawak United FC di sini, malam ini.

Sarawak United FC bakal bertemu Kedah Darul Aman FC esok pada aksi pembukaan Liga Super di Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan