Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes bunuh Daro: Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Tinggi Sibu

SIBU, 2 Mac: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang didakwa membunuh dua wanita warga Indonesia di Daro bulan lepas akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Sibu, Jumaat ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sibu  Christopher Chin Soo Yin menetapkan tarikh itu semasa Ahmad Robin dibawa ke mahkamah di sini hari ini untuk sebutan kes.

Kes tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi daripada Mahkamah Majistret Sarikei dan tiada pertuduhan dibacakan kepada lelaki itu. 

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan akan bermula dengan suami kepada mangsa wanita itu memberi keterangan selepas sebutan semula kes pada tarikh ditetapkan.  

Ini adalah bagi membolehkan suami mangsa membawa pulang jenazah isteri masing-masing ke Indonesia untuk dikebumikan.

Ahmad berhadapan dua pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sarikei pada 25 Feb lepas.

Dalam pertuduhan pertama, dia dituduh membunuh Pandang Sarang pada pukul 11 pagi di sebuah ladang kelapa sawit di Daro pada 11 Feb tahun ini sementara dalam pertuduhan kedua Ahmad didakwa membunuh Muli Laha pada pukul 11 malam hari sama di sebuah lagi ladang kelapa sawit juga di Daro.

Timbalan Pendakwa Raya Dona Liyanna Sabariah Azmi mengendalikan pendakwaan sementara Ben Lau ditugaskan sebagai peguam mewakili tertuduh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan