Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut, kereta terperosok di bawah lori

Dua maut, kereta terperosok di bawah lori

ByBernama

SHAH ALAM, 2 Mac: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki melanggar sebuah lori yang dipercayai sedang membuat pusingan U di hadapan Balai Polis Bukit Raja, dekat sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata dalam kejadian pada 2.29 pagi itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam Perodua Bezza yang dinaiki mereka.

“Kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Jalan Haji Sirat menghala ke Kapar telah terperosok masuk dan melekat di bawah lori yang dipercayai sedang membuat pusingan U di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta berjaya dikeluarkan pada kira-kira 3.50 pagi. Mereka yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan