Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada lagi perubahan status, terus terima notifikasi – Khairy Jamaluddin

KUCHING, 1 Mac: Bermula hari ini iada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera jika terdapat kontak kasual kepada kes positif COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam muat naik di laman Twitternya telah memaklumkan mengenai aplikasi MySejahtera.

Beliau memaklumkan berhubung tiada lagi perubahan warna (kontak kasual) tetapi pengguna akan terus menerima notifikasi jika bergejala supaya kontak rapat boleh mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri.

“Kini tiada lagi perubahan status, tetapi anda akan menerima notifikasi, jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri,” katanya dalam kenyataan di Twitternya.

Sebelum ini aplikasi MySejahtera akan mengesan sebagai kontak kasual kes positif dan status di MySejahtera akan bertukar warna daripada biru kepada kuning. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan