Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 18 Dis -- Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Petra Jaya. Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas menerajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 12 negeri itu malam ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Gelaran ‘Premier’ berkuat-kuasa hari ini

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 1 Mac: Gelaran Premier berkuatkuasa serta merta mulai hari ini,1 Mac 2022, sekaligus menyaksikan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Premier Sarawak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Setiausaha Pejabat Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion berkata selepas ini, gelaran Ketua Menteri Sarawak akan dirujuk sebagai Premier Sarawak, sementara dalam Bahasa Inggerisnya adalah Premier of Sarawak.

Manakala katanya, Pejabat Ketua Menteri akan dirujuk kepada Office of the Premier of Sarawak dalam Bahasa Inggeris dan dalam bahasa Melayunya Pejabat Premier Sarawak.

Sehubungan itu, jawatan Timbalan Ketua Menteri dirujuk kepada Timbalan Premier, sementara jawatan Menteri Muda dirujuk kepada Timbalan Menteri berkuatkuasa pada tarikh sama (1Mac 2022).

Beliau memaklumkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 tersebut telah diwartakan dan diluluskan pada 15 Februari lalu.

Pindaan RUU tersebut mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini membentangkan RUU tersebut semasa sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas.

Dalam ucapannya pada pembentangan RUU itu, beliau berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan baru-barutersebut mengembalikan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bahawa Sarawak bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pembentukan Malaysia, ia berstatus sebagai salah satu tiga wilayah (Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak) harus dikekalkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan