Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Satu lagi kes kematian akibat COVID-19 di Sibu

KUCHING, 28 Feb: Sibu merekodkan satu kes kematian akibat COVID-19.

Wanita warga emas berusia 74 tahun itu mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu pada 26 Februari 2022.

Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan sebanyak 442 kes positif baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 setakat ini 259,812 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada 442 kes yang dikesan, sebanyak 440 pesakit menunjukkan gejala ringan atau tidak bergejala iaitu dalam Kategori 1 dan 2 manakala dua kes berada dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Berdasarkan pecahan kes baharu mengikut daerah, Kuching masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 192 kes, diikuti dengan Miri 101 kes, Sibu 69 kes, Bintulu 16 kes dan Kapit 13 kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan