Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kepentingan menuntut ilmu lahirkan ummah berkualiti – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 28 Feb: Kepentingan menuntut dan meningkatkan taraf keilmuan selari dengan perintah agama Islam supaya manusia dapat seimbangkan keperluan kehidupan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, umat Islam khususnya di Sarawak perlulah menuntut ilmu sama ada ilmu dunia mahupun akhirat, bertepatan dengan anjuran Al-Quran yang menggalakkan umatnya menuntut ilmu.

“Kita perlu sentiasa melengkapkan diri dan meningkatkan tahap ilmu kita, jadi dengan proses demikian akan lahir umat yang berkualiti.

“Jika ini kita dapat wujudkan, kita telah melaksanakan tugas kita sebagai umat Islam untuk membantu manusia sejagat,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Ke-61 Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2022 yang bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti” di Kompleks Islam Sarawak, Kuching pada Ahad.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha dan Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi serta dif-dif kenamaan yang lain.

Selain itu, beliau juga turut menyeru rakyat Sarawak untuk membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Dengan kepercayaan dan keyakinan rakyat Sarawak kepada pemerintahan yang ada, kita dapat mengangkat negeri kita sebagai negeri yang maju, rakyatnya aman dan makmur dengan pendapatan yang cukup serta kedudukan yang dihormati oleh orang lain,” katanya.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak berlangsung dari 25 hingga 28 Februari ini dengan disertai 23 peserta dari seluruh negeri.

Objektif utama majlis adalah untuk menyemarakkan lagi semangat cinta umat Islam kepada Al-Quran, dalam masa yang sama melahirkan lebih ramai Qari, Qariah, Hafiz dan Hafizah yang berkaliber.

Dalam pada itu, upacara penutupan dan penyampaian hadiah dijadulakan berlangsung pada 28 Feb dan akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan