Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Akauntan wanita rugi RM48,445 ditipu rakan sendiri

SIBU, 27 Feb: Seorang akauntan wanita kerugian RM48,445 akibat ditipu rakan sendiri selepas memberikan maklumat kewangan menerusi aplikasi dalam talian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, episod penipuan itu bermula apabila mangsa yang berusia 30 tahun berjumpa dengan rakannya di Jalan Merdeka pada 24 Februari lalu.

Katanya, rakan pengadu memberitahu bahawa dia berminat untuk membeli perabot di sebuah kedai yang membuat promosi menerusi Facebook.

“Suspek kemudian meminta mangsa membantunya untuk membayar perabot yang ingin dibeli terlebih dahulu.

Selain itu, pengadu diminta supaya memuat turun aplikasi android kedai berkenaan menggunakan telefon bimbitnya,” katanya di sini hari ini.

Pengadu kemudian katanya membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran selepas memuat turun aplikasi itu.

“Semasa proses pendaftaran itu, pengadu telah mengisi butiran perbankannya termasuk maklumat kad kreditnya dari tiga bank berbeza,” katanya.

Collin memberitahu, pada pukul 6.15 petang hari sama, akauntan itu menerima notifikasi dari ketiga-tiga bank berkenaan menyatakan terdapat empat transaksi pengeluaran wang berjumlah RM26,449 ke akaun bank atas nama yang tidak dikenali.

“Sejumlah RM21,996 pula telah digunakan untuk pembelian secara dalam talian,” katanya.

Menyedari dirinya telah ditipu, pengadu telah membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu pada 25 Februari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan